KEMBARA ALAM FANTASI bab 1
KEMBARA ALAM FANTASI
bab 1~ribut pengubah takdir
masa bergerak tanpa kita sedari. ibarat air yang mengalir deras dari hulu. tetapi adakah kita sedar bahawa dalam masa singkat yang kita lalui banyak perkara yang kita lakukan. sambil memikirkan tentang masa Alex terfikir agaknya siapa yang menetapkan masa, bagaimanakah masa boleh kian laju dan kian perlahan? sambil melihat ke arah bintang-bintang yang berteraburan di langit, sekali lagi dia terfikir bahawa adakah hidupan lain selain di bumi. Mungkin di marikh? Zuhal? bahkan mungkin ada hidupan di sebalik langit yang telah lama berkhidmat melindungi manusia dari panas, memberikan air hujan dan sebagainya. Semakin liar imaginasi Alex, dia disergah ibunya.
"kau ni alex, tak habis habis dengan mengelamun kau tu. ingat awek la tu."
"haah ingat awek yang entah bila nak dapat ni" ,balas alex.
"kau ni alex, tak habis habis dengan mengelamun kau tu. ingat awek la tu."
"haah ingat awek yang entah bila nak dapat ni" ,balas alex.
alex dan keluarga tinggal di kawasan pergunungan alps. tiada kompleks beli belah, trafik mahupun kedai kedai runcit. Kehidupan mereka cukup sederhana dengan sumber makanan daripada hasil pertanian dan ternakan penduduk kampung. pekan yang terdekat terletak kira kira 20km dari kawasan pergunungan. dengan kekurangan pengangkutan, selalunya penduduk kampung perlu menunggu seminggu sekali untuk mendapatkan bekalan daripada pekan. bekalan ini termasuklah rempah, pakaian dan sebagainya.
Alex pernah terfikir begitu kecilnya dunia di matanya kerana tidak pernah sekali pun dia menjejakkan kaki ke luar perkampungan ini. Pernah juga dia terfikir untuk mengembara mengelilingi dunia tetapi dengan kekangan wang dan tanggungjawab terhadap keluarga, dia tidak boleh berbuat sedemikian. Akhirnya dia kerap berimaginasi tentang pengembaraan yang menakjubkan dan mempersoalkan banyak perkara tentang dunia yang dia tidak tahu.
Cahaya mentari terus menyinari seluruh perkampungan alps. dalam keadaan kemerahan pagi Alex sudah bersedia untuk pergi ke hutan bagi memungut hasil. Alex merupakan anak sulung daripada dua beradik dan segala urusan berkaitan keluarga banyak diuruskan olehnya. ayah alex telah lama tiada kerana semasa alex masih kecil, ayahnya hilang tiba tiba entah ke mana. ada sesetengah penduduk kampung yang mengatakan ayahnya diculik bunian hutan dan ada sesetengah yang mengatakan ayahnya lari keluar kampung kerana tidak tahan duduk di kampung ini. walau apa pun cerita yang penduduk kampung bualkan, dia percaya yang ayahnya tidak akan menghilang tanpa sebab dan suatu hari pasti mereka akan bertemu jua. Alex terus memikul peralatannya dari stor dan bergerak bersama kawan rapatnya sophia. sophia merupakan anak petani yang cukup terkenal di perkampungan ini. bahkan boleh dikatakan hampir 80 peratus sumber sayur sayuran datang dari hasil pertanian keluarganya. sophia mempunyai 5 adik beradik dan dia merupakan anak bongsu. oleh sebab itu keluarganya tidak terlalu memaksa sophia untuk mewarisi pekerjaan bertani. sejak kecil lagi alex dan sophia berkawan bahkan kemesraan mereka boleh disalah anggap sebagai pasangan kekasih. sophia juga memang dari kecil lagi menunjukkan minat terhadap alex, tetapi alex tidak menyedarinya dan mengganggap sophia hanyalah kawan rapat. begitulah perhubungan mereka sehingga sekarang. sophia sering mengikut alex untuk memungut hasil hutan. dan upah daripada memungut itu mereka bahagikan sama rata.
1 jam telah berlalu dan kini alex dan sophia berada di tengah hutan untuk memungut buah. dalam keadaan mereka tidak sedari, cuaca tiba tiba berubah gelap dan ribut seakan akan bakal menimpa. alex mencapai tangan sophia lalu mereka singgah di sebuah gua berhampiran. hujan lebat terus mencurahi kawasan pergunungan dan hutan sepanjang malam. dengan berbekalkan mancis yang dibawa alex, mereka dapat mengelak kegelapan malam dan akhirnya tertidur dalam kesejukan.
~bersambung~
Comments
Post a Comment