TEKNIK DAN ASAS SUKAN BOLA TAMPAR
ASAS SUKAN BOLA TAMPAR
Saya pasti sudah ramai yang tahu bahawa untuk kita berjaya
dalam sesuatu perkara, kita perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bidang
tersebut terutamanya sukan bola tampar.
Pasukan yang terbaik adalah pasukan yang mempunyai kekuatan
teknik yang bagus
Kebiasaanya pemain-pemain yang mempunyai asas yang kukuh
dalam sukan bola tampar, mereka akan jauh tampak lebih yakin dalam permainan.
Hal ini juga membolehkan mereka memberikan fokus 100 peratus dalam permainan.
Apabila prestasi seseorang pemain meningkat sudah tentu
taraf permainan mereka akan meningkat. Hal ini secara tidak langsung membuatkan
mereka "target" lebih tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan
kekuatan pasukan mereka.
Mempelajari sesuatu teknik baharu sememangnya menyeronokkan
walaupun kita perlu mengorbankan banyak tenaga dan masa. Selagi teknik
permainan mereka semakin bagus, sememangnya mereka tidak akan jemu dengan
latihan dan tidak akan berpuas hati dengan latihan yang sedikit. Dan selagi
atlet itu sendiri yakin bahawa mereka masih boleh pergi jauh dan yakin dengan
kebolehan mereka, selagi itu teknik mereka akan terus diasah sehingga sempurna.
6 Teknik Asas dalam Sukan Bola Tampar
Antara enam asas dalam sukan Bola tampar adalah seperti
passing, setting, spiking, blocking, digging dan juga serving.
Passing merupakan perkara yang sangat penting dalam
permainan. Jika anda tidak boleh pass bola dengan baik maka anda tidak berupaya
untuk memberikan mata permainan kepada pasukan anda.
Kelebihan serving sering dipandang remeh oleh kebanyakan
pasukan. Kebanyakan jurulatih tidak menggalakkan pemain-pemainnya untuk serve
secara aggresif walhal dengan serve yang agresif dan baik, pamain boleh
menyumbangkan mata hanya dengan satu pukulan.
Blocking dianggap sebagai skill yang kurang diajar dalam
sukan bola tampar. Hal ini kerana hanya dengan block yang lemah, ia tidak
memberikan kesan sangat kepada permainan pasukan. Tetapi anda perlu tahu,
pasukan yang mempunyai blocking yang baik mampu mengalahkan pasukan yang
mempunyai spike yang kuat.
Digging merupakan
asas permainan yang setiap pemain perlu berikan perhatian dan latihan yang
secukupnya.
Kedudukan pemain setter merupakan kedudukan terpenting dalam
pasukan. Hal ini kerana setter bertugas untuk menggerakkan serangan pasukan.
Cara bermain sukan Bola Tampar
Objektif utama sukan ini adalah untuk mendapatkan mata 25
Mata boleh didapati dengan cara memenangi rally dalam
permainan. Cara memenanginya adalah dengan cara memukul masuk bola ke lantai
pihak lawan.
Bukan itu sahaja bahkan banyak lagi cara yang boleh
diaplikasikan
disini ada beberapa contoh:
- memukul bola masuk ke arah yang pihak lawan sukar untuk menerima bola
- spike bola masuk ke gelanggang pihak lawan sehinggakan mereka sukar untuk membalas dan memukul bola melepasi net.
- Pihak lawan spike bola keluar dari gelanggang.
- Serve bola dengan agresif sehinggakan pihak lawan tidak dapatmenyambut dengan baik.
Strategi asas untuk menang dalam perlawanan Bola Tampar
Gambaran untuk pengakhiran permainan adalah dengan memenangi
permainan. Dan caranya adalah anda perlu memasukkan bola ke gelanggang pihak
lawan
Dan sekarang cuba fikirkan apakah skill yang boleh digunakan
sebagai cara untuk mengakhirkan sesuatu rally
Selalu fokus kepada pengakhiran rally
Apabila anda mula bermain sukan bola tampar, antara perkara
yang perlu diterapkan dalam minda anda adalah bagaimanakah anda boleh
mengakhirkan rally ataupun perlawanan dengan sebaiknya.
Sebagai contoh, pengakhiran kepada serve adalah sama ada
pihak lawan boleh menyambut bola ataupun terlepas.
Pengakhiran kepada pass bola adalah sama ada bola itu dapat
dihantar dengan baik atau tidak kepada setter.
Pengakhiran kepada set pula adalah sama ada bola itu dapat
dipukul sebaikya oleh spiker atau tidak.
Dan pengakhiran kepada block pula adalah sama ada bola itu
dapat dikembalikan semula ke gelanggang pihak lawan dengan sebaiknya atau
tidak.
Oleh itu fahamilah dengan sebaiknya setiap pengakhiran
kepada teknik-teknik yang anda gunakan.
Sebagai contoh Tugas seorang pemain apabila menerima
hantaran daripada pihak lawan adalah untuk pass bola dengan sebaiknya kepada
setter. Jika pemain itu tidak dapat berbuat demikian, ia akan menyusahkan
setter untuk memberikan bola dengan sebaiknya kepada spiker
oleh itu semakin baik pass yang dibuat oleh pemain, semakin
mudah untuk setter memberikan set kepada spiker dan semakin mudah spiker untuk
pukul bola ke gelanggang pihak lawan.
Sebagai kesimpulannya, asas-asas sukan bola tampar sangat
penting untuk dikukuhkan daripada awal lagi.
Gol utama seseorang pemain adalah untuk sentiasa
meningkatkan skill level dalam permainan
USAHA ADALAH KATA NAMA LAIN BAGI KEAJAIBAN, SPIKE UNTUK
KEMENANGAN BERSAMA
Comments
Post a Comment