KEMBARA ALAM FANTASI bab 1
KEMBARA ALAM FANTASI bab 1~ribut pengubah takdir masa bergerak tanpa kita sedari. ibarat air yang mengalir deras dari hulu. tetapi adakah kita sedar bahawa dalam masa singkat yang kita lalui banyak perkara yang kita lakukan. sambil memikirkan tentang masa Alex terfikir agaknya siapa yang menetapkan masa, bagaimanakah masa boleh kian laju dan kian perlahan? sambil melihat ke arah bintang-bintang yang berteraburan di langit, sekali lagi dia terfikir bahawa adakah hidupan lain selain di bumi. Mungkin di marikh? Zuhal? bahkan mungkin ada hidupan di sebalik langit yang telah lama berkhidmat melindungi manusia dari panas, memberikan air hujan dan sebagainya. Semakin liar imaginasi Alex, dia disergah ibunya. "kau ni alex, tak habis habis dengan mengelamun kau tu. ingat awek la tu." "haah ingat awek yang entah bila nak dapat ni" ,balas alex. alex dan keluarga tinggal di kawasan pergunungan alps. tiada kompleks beli belah, trafik mahupun kedai kedai