TEKNIK DAN ASAS SUKAN BOLA TAMPAR
ASAS SUKAN BOLA TAMPAR Saya pasti sudah ramai yang tahu bahawa untuk kita berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bidang tersebut terutamanya sukan bola tampar. Pasukan yang terbaik adalah pasukan yang mempunyai kekuatan teknik yang bagus Kebiasaanya pemain-pemain yang mempunyai asas yang kukuh dalam sukan bola tampar, mereka akan jauh tampak lebih yakin dalam permainan. Hal ini juga membolehkan mereka memberikan fokus 100 peratus dalam permainan. Apabila prestasi seseorang pemain meningkat sudah tentu taraf permainan mereka akan meningkat. Hal ini secara tidak langsung membuatkan mereka "target" lebih tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan kekuatan pasukan mereka. Mempelajari sesuatu teknik baharu sememangnya menyeronokkan walaupun kita perlu mengorbankan banyak tenaga dan masa. Selagi teknik permainan mereka semakin bagus, sememangnya mereka tidak akan jemu dengan latihan dan tidak akan berpuas hati dengan